Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia tahun ini ditetapkan pada 22 April bersamaan hari Sabtu.
Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad yang memakai baju Melayu warna coklat menerusi siaran langsung khas di sebuah stesen televisyen.
Penetapan tarikh 22 April 2023 itu sekali gus menamatkan spekulasi umat Islam Malaysia bakal berdepan raya mengejut sekali lagi.
Tahun lalu umat Islam negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei iaitu lebih awal berbanding dijadualkan pada 3 Mei 2022. – KOSMO! ONLINE