10 FAKTA AIR KELANTAN
1) “YAB MB Kelantan dalam pertemuan bersama YAB PM telah memohon peruntukan RM8 billion yang meliputi 5 projek takungan air pinggiran sungai, 3 loji rawatan air dan penukaran paip sepanjang 3,595 km.”
.
2) “Menurut YAB PM, RM8 billion akan dipertimbangkan mengikut keutamaan. RM1.7 billion diluluskan dengan peruntukan segera untuk tahun 2023 sebanyak RM500 juta.”
.
3) “TAPS (Takungan Air Pinggiran Sungai) sangat diperlukan kerana Negeri Kelantan tidak mempunyai Empangan untuk bekalan air. TAPS walaupun lebih kecil daripada Empangan tetapi mampu membantu menyimpan air untuk kegunaan semasa musim kemarau.”
.
4) “Walaupun pihak persekutuan akan memberikan peruntukan itu dalam bentuk pinjaman, tetapi kita tetap meminta supaya ia dapat diberikan dalam bentuk geran. Bukan kerana ia suatu kelebihan untuk Kelantan tetapi hanya agar sama dengan negeri-negeri lain.”
.
5) “Penggantian paip sedang berjalan sepanjang 412km dan kosnya mencecah RM248 juta, kerja-kerja penggantian paip pula hanya dapat dilaksanakan sekitar 150km setahun. Jadi, ini memakan masa.”
.
6) “Semasa proses penggantian paip atau semasa kerja-kerja penyelenggaraan dibuat di Loji-loji, bekalan air mesti ditutup dulu. Ini menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air.”
.
7) “Keperluan air sebanyak 500 juta liter sehari mampu dibekalkan oleh loji-loji rawatan air yang ada yang cukup untuk rakyat.”
.
“Sekarang ada berlaku kebocoran pada paip lama. Kadar air tidak berhasil adalah sebanyak lebih 50%. Jadi air yang sepatutnya cukup untuk rakyat hilang di tengah jalan ekoran kebocoran pada paip-paip lama ini.
.
9) “Sebarang aduan boleh dihantar ke Talian Hotline AKSB 15777”
.
10) “ Info semasa dimaklumkan melalui page atau website AKSB. Setiap pelangan yang nombor telefonnya berdaftar dengan AKSB, akan menerima info gangguan bekalan air melalui infoblast SMS.”
Dr Nazmi Ghazali Azmi
Pengurus Besar AKSB