• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

10 Fakta Menarik tentang Parti Bertanding dalam PRN Melaka

Nov 21, 2021 ,
Spread the love

Oleh DR NABILA DIN (Media Fastaqim)

  1. BN memenangi 11 daripada 21 kerusi DUN dengan majoriti di bawah 1000 undi, iaitu 8 melibatkan kerusi dimenangi UMNO, 2 kerusi dimenangi MCA dan 1 kerusi tunggal MIC.
  2. PAS mendapat tambahan undi signifikan tanpa hilang deposit di 8 kerusi ditandingi, malah hampir merampas N.26 Serkam dengan majoriti terendah antara semua DUN iaitu 79 undi.
  3. Bersatu memenangi 2 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi dan menjadi pesaing utama kepada BN-UMNO di 7 kerusi yang lain termasuklah N.02 Tanjung Bidara melibatkan calonnya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dengan majoriti 364 undi.
  4. PKR yang kali pertama menggunakan logo Pakatan Harapan gagal memenangi sebarang kerusi, malah terlepas 3 kerusi yang dimenanginya dalam PRU-15.
  5. PAN mendapat undi yang berkurang di semua kerusi ditandingi berbanding pilihanraya lepas termasuklah kehilangan dua kerusi, iaitu N.09 Durian Tunggal dan N.12 Pantai Kundor (kerusi Adun lompat parti) serta hilang deposit di N.03 Ayer Limau dengan calonnya, Mazenah Baharuddin hanya memperolehi 798 undi.
  6. DAP hilang 4 daripada 8 kerusi yang dimenanginya sebelum ini dan hanya dominan di 3 DUN iaitu N.19 Kesidang, N.20 Kota Laksamana dan N.22 Bandar Hilir – semuanya terletak di Parlimen P.128 Kota Melaka.
  7. Semua 22 calon bebas termasuklah Datuk Norhizam Hassan Baktee dan 5 calon parti Putra dan seorang calon parti Iman hilang deposit.
  8. Semua tiga Adun yang lompat parti yang menyebabkan DUN dibubarkan telah tewas, iaitu Datuk Seri Idris Haron (PKR), Datuk Noor Azman Hassan (PAN), Datuk Norhizam (Bebas) sementara Noor Effandi Ahmad tidak bertanding.
  9. PN dan BN boleh menawan 2 daripada kerusi yang dimenangi PH jika dicampurkan undi kedua-duanya, iaitu di N.16 Ayer Keroh dan N.17 Bukit Katil.
  10. Berdasarkan undi PRN – daripada 5 parlimen di Melaka, 4 parlimen (Masjid Tanah, Alor Gajah dan Tangga Batu) boleh dimenangi oleh BN, 1 parlimen (Hang Tuah Jaya) boleh dimenangi dengan undi gabungan PN dan BN sementara 1 parlimen (Kota Melaka) kekal  di tangan DAP.