10 KEGAGALAN ANWAR SEBAGAI PM DALAM 14 HARI
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ke 10 pada 24 November 2022. Perlantikan beliau diterima rakyat dan juga pihak lawan politik beliau dengan lapang dada dan jiwa terbuka dengan harapan PM yang baru dapat membina negara dengan lebih baik.
Namun sangkaan ini tidak berlaku sebaiknya beberapa kejadian luar tabii mengundang rasa bimbang rakyat dan bangkangan kuat daripada pihak pembangkang yang terdiri daripada Perikatan Nasional.
Anwar sendiri dilihat kurang fokus kepada kerja-kerja sebagai Perdana Menteri sebaliknya masih terbawa-bawa sikap lama beliau sebagai Ketua Pembangkang yang akan mencari salah pihak lawan politik beliau. Berikut 10 kegagalan Anwar sebagai PM dalam 14 hari.
- MENIPU PENYOKONG PH UNTUK BERGABUNG DENGAN KLUSTER MAHKAMAH
Semasa kempen pilihanraya merata ceruk Anwar canangkan tidak akan sesekali bergabung dengan parti yang penuh dengan penyamun sehinggakan sanggup menyanyi berulang kali Siapa Sokong Penyamun. Namun akhirnya tembelang beliau terbongkar apabila jajaran baru PH dan BN berjaya membentuk kerajaan campuran untuk mendapatkan majoriti mudah mengatasi PN.
Sehingga ke hari ini artikel ini ditulis, kerajaan campuran PH sudah cukup majoriti mudah walaupun tanpa gabungan bersama dengan Parti Barisan Nasional.
- LANTIK INDIVIDU KLUSTER MAHKAMAH SEBAGAI TPM
Penipuan paling besar ialah Anwar berkali-kali berteriak akan membentuk kerajaan yang bersih dan berintegriti dengan tidak melantik individu yang mempunyai kes rasuah. Namun apa yang berlaku ialah sebaliknya apabila beliau melantik individu kluster mahkamah menjawat jawatan tertinggi dalam kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ini menghancurkan perasaan sebahagian besar penyokong PH. - MENJAWAT 2 JAWATAN DALAM KABINET
Anwar sentiasa menafikan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan pada masa yang sama sebagai Perdana Menteri setiap kali apabila ditanya namun realiti yang berlaku ialah sebaliknya. Banyak pihak rata-rata terkejut melihat jawatan Menteri Kewangan dipegang oleh PM. - KETEPIKAN CALON MENANG UNTUK BERI LALUAN KEPADA CALON KALAH
Anwar juga pernah memperlekehkan Tengku Zafrul sebagai Menteri dan juga menafikan akan melantik Zafrul dalam kabinetnya. Sebaliknya secara mengejut beliau melantik Tengku Zafrul ke dalam kabinet beliau sedangkan Dr Dzulkifli yang menewaskan Tengku Zafrul tidak terlantik ke dalam kabinet yang baru. - BAYANGKAN PN DAPAT DANA JUDI
Anwar mendakwa bahawa Perikatan Nasional telah mendapat dana daripada syarikat perjudian untuk menghadapi PRU15. Dakwaan Anwar itu melalui bayangan yang beliau perolehi.
Bagi pihak PN bayangan Anwar adalah sesuatu yang di luar tabii kerana tiga negeri di bawah PN telah menutup kedai-kedai judi lalu bagaimana pula ada syarikat judi yang mahu menaja PN. Bayangan Anwar tanpa bukti kukuh memalukan bagi seorang Perdana Menteri yang membuat dakwaan melulu dan di luar tabii.
- DAKWA PENYELEWENGAN RM600B SEDANGKAN SPRM DAKWA SIASAT RM95B SAHAJA
Anwar sekali lagi membuat tuduhan di luar tabii apabila mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyeleweng dana RM600b sedangkan SPRM mendakwa akan menyiasat RM95b sahaja. Dakwaan melulu Anwar selaku PM juga dijawab Menteri beliau sendiri iaitu Tengku Zafrul bahawa tiada penyelewengan yang berlaku sebaliknya semua perbelanjaan ada dicatat dan direkodkan oleh Kementerian Kewangan. Anwar seharusnya menyiasat secara teliti sebelum membuat dakwaan luar tabii.
Peliknya isu LCS yang lantang diperjuangkan Anwar kini didiamkan pula. Rakyat sebenarnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut isu LCS yang kononnya juga dikaitkan dengan Ahmad Zahid Hamidi.
- UMUM HARGA TELUR TURUN
Anwar masih tidak dapat lepas daripada sikap beliau yang stereotaip iaitu membuat pengumuman yang populis dan bertujuan menarik sokongan rakyat namun apa yang diumumkan tidak ditunaikan.
Beliau tanpa ragu-ragu dan tanpa cukup selidik mengenai masalah bekalan telur terus sahaja dengan yakin buat pengumuman harga telur akan turun mulai esok. Sehingga sudah 7 hari harga telur masih kekal dan ada andaian bahawa harga telur tidak akan turun sebaliknya akan naik sekaligus menaikkan harga makanan berasaskan telur ayam.
Rakyat tidak akan sesekali melupakan laungan beliau yang selalu diulang-ulang mengenai turun harga minyak apabila jadi PM namun sehingga hari ini harga minyak masih kekal sepertimana sebelum PRU15. Anwar gagal memahami masalah sebenar dan gagal menggunakan kuasa beliau untuk menurunkan harga telur.
- MENGUNGKIT MONOPOLI BERAS
Gagal menurunkan harga telur, Anwar seterusnya mengumumkan Tan Sri Syed Mokhtar akan memberikan RM10 juta pada tahun ini dan RM50 juta pada tahun hadapan kepada rakyat miskin dengan alasan pihak Bernas telah membuat keuntungan yang banyak hasil monopoli bekalan beras dalam negara. Ini sangat mengejutkan kerana isu bekalan beras tidak pernah berbangkit sama ada bekalan berkurangan atau harga yang semakin naik.
Seharusnya Anwar sebagai PM memberikan teguran kepada pembekal makanan keperluan asas yang lain seperti gula, tepung, minyak masak dan ayam. Rakyat mempertikaikan adakah kerana Bernas dikuasai tokoh korporat Melayu berbanding pembekal-pembekal lain yang dikuasai bangsa bukan Melayu.
- UMUM 8 KALI CABUTAN KHAS
Anwar menyangka beliau telah mengambil langkah yang hebat dengan mengurangkan cabutan khas nombor ramalan kepada 8 kali sedangkan ia sedikit pun tidak mengujakan rakyat kerana hakikatnya cabutan khas itu tidak beri apa-apa makna pun kepada kehidupan rakyat.
Malah tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah PN lebih disanjungi rakyat kerana menutup terus kedai-kedai judi berbanding pihak kerajaan PH yang takut untuk menutup kedai-kedai judi.
- BATALKAN PROJEK TEBATAN BANJIR YANG BELUM DILULUSKAN
Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini menyatakan rasa terkejut beliau apabila Anwar telah membatalkan projek tebatan banjir. Tuan Ibrahim memberikan dua sebab beliau merasakan Anwar gagal memahami keadaan sebenar. Pertamanya projek yang dibatalkan itu belumpun lagi mendapat kelulusan Menteri yang berkaitan maka bagaimana pula ia boleh dibatalkan oleh PM. Keduanya projek tebatan banjir adalah projek yang membawa manfaat kepada rakyat dan perlu segera dibuat demi keselamatan rakyat maka atas kewajaran apakah projek itu dibatalkan.
10 kegagalan Anwar sebagai Perdana Menteri dilihat akan semakin bertambah dengan sikap beliau yang masih lagi galak menyerang pihak pembangkang dengan isu-isu yang tidak masuk akal. Tindakan ini mungkin barangkali adalah usaha untuk menutup dan melindungi kegagalan kerajaan campuran menyelesaikan masalah rasuah dan integriti dalam kalangan pemimpin PH dan BN.
Ditulis oleh
MAVERICK