• Wed. Sep 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

1,975 kenderaan terbabit kemalangan jalan raya semalam

Apr 27, 2023
Spread the love

SEBANYAK 1,975 kenderaan direkod terlibat kemalangan jalan raya pada hari ketujuh Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,618 kemalangan dilaporkan.

“Pecahan jenis kenderaan paling tinggi terlibat kemalangan adalah kereta dengan membabitkan angka sebanyak 1,304 buah atau 69 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

“Penyumbang kedua tertinggi kemalangan adalah motosikal (250), diikuti pacuan empat roda (179), kenderaan pelbagai guna (127) dan lori (66),” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi JSPT, hari ini.

Menurut JSPT, selebihnya membabitkan van (34), bas (13) dan empat lagi kenderaan melibatkan teksi serta dua buah basikal.

Semalam, PDRM merekodkan 2,011 kenderaan kemalangan jalan raya pada hari keenam Op Selamat 20 di seluruh negara.-