• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

3 adik beradik maut: Khidmat Malaysia rakam ucapan takziah

Dec 19, 2022
Spread the love

Khidmat Malaysia mengambil perhatian serius terhadap perkembangan bencana banjir yang sedang dihadapi oleh negara ketika ini. Terbaru, tiga beradik perempuan maut dan dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak di Tumpat pada pagi tadi.

Mengikut laporan media, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya yang turut berada di hadapan rumah.

Khidmat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan sudah tentulah peristiwa ini sangat menyedihkan kita semua apabila melibatkan kehilangan nyawa.

Saya ingin berpesan kepada semua agar berwaspada ketika di musim hujan yang melanda ketika ini. Elakkan untuk keluar rumah dan jika kawasan anda dilanda banjir, pantaulah keselamatan ahli keluarga dan jiran tetangga kerana bahaya berada di mana-mana ketika bencana banjir berlaku.

Perlu segera berpindah bila kawasan kediaman dinaiki air dan jangan tunggu sehingga waktu malam untul berpindah kerana ia bakal menimbulkan risiko terhadap keselamatan dalam suasana tidak menentu ketika ini.

Semua pihak mesti patuhi SOP dan arahan pihak berkuasa semasa bencana banjir termasuklah apabila berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Perlu sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan sepanjang berada di PPS serta segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Paling penting, jaga keselamatan kita bersama. Semoga kita semua dilindungi dan dipermudah urusan oleh Allah S.W.T

YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Pengerusi Khidmat Malaysia
19 Disember 2022

https://www.facebook.com/392524494245319/posts/pfbid032b8X4kXLQjoYTYqnvMafNhSQYt93XnVJU2Ngfs1ZpoHCVVFqGpesENfEVRY4xUZzl/?mibextid=Nif5oz