Allahuakbar, Alhamdulillah.
Perikatan Nasional Johor menampilkan empat calon daripada PAS Johor, gandingan Ulamak dan Profesional.
Sudah semestinya ke semua calon ini mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing yang akan mengangkat suara rakyat Johor ke Parlimen.
Ustaz Abdullah Husin, calon P.146 Muar, merupakan seorang tokoh Ulamak yang cukup disegani. Beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan juga AJK PAS Pusat.
Gerak kerja beliau ketika menjadi Ahli DUN Puteri Wangsa dan Penyelaras Khas Dun Pulai Sebatang menyerlahkan ketokohan serta kepimpinan beliau dalam menyelesaikan isu² masyarakat setempat.
Manakala, Dr. Karim Deraman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor menduduki calon P.147 Parit Sulong, merupakan mantan Professor Madya UTM dalam bdianh Fizik, terkenal dengan kerja² kebajikan beliau membantu masyarakat setempat melalui program khidmat masyarakat Masjid, kesatuan penduduk, dan NGO.
Lt Kolonel (Bersara) Haji Nazari Mokhtar, bekas pegawai tentera udara yang terdidik tegas lagi berdisiplin bertekad akan membangunkan Parlimen P.155 Tenggara.
Sebagai anak jati, beliau tidak sanggup melihat tanah tumpah darahnya diketepikan walaupun ahli parlimen sebelum ini berjawatan menteri. Bina Tenggara Semula adalah aspirasi rakyat yang akan dijadikan kenyataan.
Satu-satunya calon tunggal wanita dari PAS Johor, optometrist Puan Zanariyah Abdul Hamid yang akan menjuarai hati pengundi P.149 Parlimen Sri Gading sudah bersedia memberi khidmat teristimewa. Ianya jelas terilihat dari tagline yang dibawa iaitu Mata Hati Sri Gading.
PAS Johor mengesahkan bahawa calon PAS yang kita tampilkan dibawah Perikatan Nasional ini bebas dari sebarang bentuk rasuah, berintegriti dan optimis mampu memimpin Negara ini dengan lebih baik.
AYUH!
MARI KITA BERI SOKONGAN KEPADA CALON PERIKATAN NASIONAL!
TENKIU