• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

488 kes bunuh diri, Selangor catat kes tertinggi sehingga Mei – Bukit Aman

Jul 1, 2021 ,
Spread the love

Sebanyak 1,728 kes bunuh diri direkodkan bagi tempoh 2019 hingga Mei lalu dengan purata dua kes dicatatkan setiap hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata daripada jumlah itu 488 daripadanya direkodkan bagi tempoh Januari hingga Mei lalu dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 117 kes.

“Kes bunuh diri pada 2019 adalah sebanyak 609 kes dan jumlah itu meningkat kepada 631 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Sementara, bagi tempoh Januari hingga hingga Mei lalu pula 488 kes dilaporkan dan ini bermakna purata dua kes bunuh diri berlaku setiap hari sepanjang tempoh 2019 hingga Mei lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mengikut pecahan jantina pula, 281 kes membabitkan lelaki manakala 1,427 kes lagi adalah wanita.Katanya, kebanyakan mangsa adalah membabitkan remaja berusia 15 hingga 18 tahun dengan 872 kes dan individu berusia 19 hingga 40 tahun pula 668 kes.

“Johor mencatat kes tertinggi pada 2019 dan 2020 iaitu sebanyak 101 kes. Manakala, dari Januari hingga Mei tahun ini Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 117 kes,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Jalil berkata, sisatan mendapati tiga punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri termasuk menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.

Beliau berkata, cara bunuh diri yang kerap berlaku berdasarkan statistik ialah gantung diri (71.1 %), terjun bangunan (13.6 %) dan minum racun (57%).

“Berdasarkan trend kejadian bunuh diri yang berlaku semua pihak yang bertanggungjawab terutama masyarakat harus memainkan peranan mpenting bagi membendung gejala ini.

“Sementara, individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan sebagainya harus diberi bantuan serta sokongan dari keluarga dan rakan terdekat,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru individu yang mengalami masalan dan tekanan seperti dintakan suapaya mendapatkan bantuan.

“Sokongan termasuk dari ahli keluarga, rakan terdekat dan juga pihak yang menyediakan khidmat nasihat,” katanya.

MalaysiaPost