5 ADUN UMNO Sabah umum keluar parti, sertai Parti Gagasan Rakyat yang dipimpin Ketua Menteri Hajiji Noor.
Mereka terdiri daripada Yusof Yacob (Sindumin), Jasnih Daya (Pantai Dalit), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Hamid Awang (Balung) dan James Ratib (Sugut).
Pengumuman tersebut dibuat pada sidang media khas yang dipengerusikan Yusof Yacob di Pusat Antarabangsa Sabah (SICC) sebentar tadi.
3 ADUN WARISAN yang telah mengumumkan keluar parti awal bulan ini turut menyertai Gagasan Rakyat.
Mereka ialah Norazlinah Arif (Kunak), Chong Chen Bin (Tanjung Kapor), dan Mohammad Mohamarin (Banggi).