• Mon. Apr 28th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

5 kawasan Meru dilanda banjir kilat

Mar 6, 2022
Spread the love

Beberapa kawasan perumahan di Meru, di sini dilanda banjir kilat ekoran hujan berterusan pada petang Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian itu dilaporkan di Taman Seri Meru, Jalan Teratai, Jalan Kenangan, Pekan Meru dan Taman Meru 3 di sini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan perumahan di Taman Seri Meru dinaiki air setinggi 0.2 meter pada jam 5.58 petang.

“Seramai dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6 petang.

“Banjir kilat melanda kawasan perumahan tersebut dipercayai akibat longkang yang tersumbat.

“Air kemudiannya surut dan tiada mangsa dilaporkan dalam banjir tersebut,” katanya.