• Mon. May 29th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

52 kawasan di Hulu Selangor alami gangguan air

Dec 23, 2022
Spread the love

SEBANYAK 52 kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air disebabkan paip pecah di Jalan Bukit Beruntung, Hulu Selangor, hari ini.

Menurut kenyataan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, kerja-kerja pembaikan dijalankan segera pada jam 11 pagi ini.

Air Selangor berkata, perkembangan berkaitan dengan insiden itu dari semasa ke semasa akan dimaklum menerusi semua medium khususnya media massa.

“Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Segala pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.