Hasil Kaji Selidik Melalui 7000 Pengguna Media Sosial.
81% responden secara tegas menolak mentah-mentah pembubaran parlimen dalam tahun ini.
Antara alasan dan sebab yang diperkatakan oleh responden ialah:-
1) Musim Tengkujuh yang pasti akan menyukarkan rakyat untuk keluar mengundi selain akan membebankan jentera kerajaan yang mengundang risiko sehingga peringkat mengorbankan nyawa.
a) Akan berlaku pertindihan premis untuk dijadikan Pusat Membuang Undi dan Pusat Penempatan Sementara (PPS) kerana lokalitinya adalah sama iatu kebiasaannya sekolah-sekolah.
2) Rakyat akhirnya akan menjadi mangsa kerana ketamakkan dan kerakusan kuasa melampau UMNO untuk tidak sabar dan gelojoh untuk kembali menjadi dominan menguasai kerajaan walhal PM dewasa ini pun adalah dari UMNO juga.
3) Rakyat berpendapat kegelojohan mau segera diadakan PRU15 tidak lain tidak bukan kerana isu Wak Jahid dan konco-konconya dari Kluster Mahkamah yang sedang berdepan dengan puluhan kes jenayah seperti rasuah, pecah amanah dan AMLA. Lebih mementingkan tembolok peribadi dari mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.Suatu sikap yang tidak berhati perut langsung.
Dengan itu rakyat kini terpaksa mengadu kepada Agong untuk menolak nasihat PM untuk membubarkan parlimen dalam tahun ini juga atas alasan hayat penggal parlimen sedia ada masih berkuasa sehingga Jun 2023. Maka tumpuan prioriti harus diberikan kepada pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID19 dimana rakyat kini sedang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga barang-barang keperluan yang melambung mahal. #AgongHeroRakyat
DAULAT TUANKU