• Thu. Feb 22nd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

9 hentian bas sekitar Setia Alam tak dapat dilalui akibat banjir kilat

Jun 4, 2023
Spread the love

SHAH ALAM: Sembilan perhentian bas tidak dapat dilalui ekoran banjir kilat melanda kawasan Setia City Mall pagi ini.

Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali rangkaian perkhidmatan bas Rapid KL memaklumkan laluan terbabit adalah Laluan 753.

Laluan bas berkenaan akan dilencongkan dari Klang Sentral terus ke Jalan Meru.

“Perhentian bas yang tidak dapat dilalui ialah Maybank Setia Alam, Setia Avenue (Utara), Setia City Mall, Dewan Sri Gading dan Damai 15 Residence serta Pangsapuri Semarak.

“Tiga lagi perhentian tidak boleh dilalui ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setia Alam, Sekokah Kebangsaan (SK) Setia Alam dan Dataran Setia Prima,” kata Rapid KL.