• Thu. Sep 21st, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Adakah Malaysia sedang dipimpin Kerajaan kakistokrasi?

Jul 3, 2023
Spread the love

Pertama, apa itu kakistokrasi?

Mudahnya ia bermaksud pemerintahan di bawah pimpinan yang PALING TERUK dan TIDAK LAYAK MEMIMPIN.

Lebih mudah lagi, pentadbiran yang diurus ikut suka hati dan kepentingan peribadi, bukan dengan idea, kepakaran serta perancangan.

Kedua, apakah kesan kerajaan kakistokrasi?

Ia pastinya akan memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara. Masalah ekonomi, kebajikan, kesihatan, pendidikan, sosial semuanya akan melanda.

Kerana kerajaan kakistokrasi akan diisi dengan penipuan, kronisme, fitnah, dendam, budaya rasuah, salah guna kuasa dan segala ketidakcekapan yang akhirnya menatijahkan kegagalan dalam pengurusan negara di semua peringkat.

Aapabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka kehancuran lah yang akan tiba.

Ketiga, adakah kerajaan campuran adalah kerajaan kakistokrasi?

Ya, kerajaan campuran ini adalah contoh terbaik bagi sebuah kerajaan kakistokrasi.

1.Negara sedang dipimpin oleh Perdana Menteri yang banyak berbohong, populis dan tidak adil.

2.Timbalan Perdana Menteri pula dilantik dari golongan kluster mahkamah.

3.Barisan kabinet rata-ratanya tidak cekap dalam melaksanakan tugas dan tidak kompeten.

4.Budaya ‘u-turn’ yang tidak berkesudahan.

5.Ketiadaan hala tuju berkenaan isu ekonomi dan kos sara hidup.

Kita semua hakikatnya sedang ditindas oleh sebuah kerajaan kleptokrat yang mentadbir secara kakistokrat. 7 bulan pemerintahan kerajaan Madani adalah bukti yang boleh dinilai oleh masyarakat.

Keempat, bolehkah rakyat mengubah kerajaan kakistokrasi?

Rakyat ada kuasa memilih dan mengundi. Lantiklah pemimpin yang adil, prihatin dan bersih.

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Selangor