• Fri. Mar 21st, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

ADUN Chukai terlibat kemalangan di LPT

May 4, 2023
Spread the love

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), petang tadi. 

Berita dukacita itu dimaklumkan oleh ADUN Pengkalan Berangan Sulaiman Sulong menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan keadaan Exco Kerajaan Terengganu stabil dan hanyan mengalami kecederaan ringan sahaja. 

“Allahuakbar. Dikhabarkan sahabat ambe YB Hj Hanafiah Mat atau lebih mesra YBC, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Chukai kemalangan petang tadi.

“Difahamkan bahawa beliau hanya mengalami cedera ringan. InsyaAllah kita sama-sama doakan beliau sentiasa selamat,” katanya di Facebook. 

Bagaimanapun, Sulaiman tidak berkongsi lanjut mengenai kemalangan itu nampun memuat naik gambar yang memaparkan kenderaan yang dinaiki Hanafiah terbalik bersama sebuah lori.