Anggota parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai ketua Pemuda PAS baru bagi penggal 2023-25.
Afnan menang tanpa bertanding selepas tiada pencalonan lain bagi merebut jawatan terbabit.
Afnan mengantikan anggota parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang tidak mempertahan jawatan itu selepas sepenggal menerajui sayap kanan PAS berkenaan.
Keputusan itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS ke-69 Ab Halim Tamuri.
Sementara itu, Adun Manjoi Hafez Sabri dipilih sebagai timbalan ketua pemuda, manakala Muhammad Hanif Jamaluddin dipilih sebagai naib ketua.
Kedua-dua mereka juga menang tanpa bertanding.
Jawatan timbalan dan naib ketua pemuda PAS sebelum ini di sandang Afnan dan Hanafi Zulkapli.