• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ahli, penyokong PAS diminta bertenang

Jul 18, 2023
Spread the love

KUALA LUMPUR: Semua pihak khususnya ahli dan penyokong PAS diminta supaya bertenang serta menghormati proses perundangan susulan pendakwaan dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri

Saranan itu disuarakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“PAS mengikuti dengan cermat perkembangan kes membabitkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang dilaporkan ditahan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk didakwa di mahkamah hari ini.

“PAS menyarankan semua pihak, khususnya ahli dan penyokong, supaya bertenang dan menghormati proses perundangan,” katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Awal pagi tadi, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara.

Beliau ditahan sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Jenayah Gangsterim (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Muhammad Sanusi akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang, pagi ini, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan.

  • BH