RAMAI budak-budak baru nak up, duk gomo kata Kelantan membazir buat telaga jejari. Juga puak dia kata AKSB takdok perancangan. Dia ingat negeri kita ni perintah cara koboi bokali.
Mari nak share pada kawan-kawan. Untuk sumber air mentah negeri kita, ada beberapa sumber utama seperti;
i. Air sungai.
ii. Air tanah sama ada;
– Telaga tiub.
– Riverbank Filtration System (RBF) dan
– Horizontal Collector Well atau telaga jejari.
Dalam banyak-banyak sumber ini, telaga jejari kerap dijadikan sasaran walaupun isu dan masalah juga berlaku pada proses sumber air mentah yang lain. Baik, kita sembang jap pasal telaga jejari ni.
Strategi kenapa guna telaga jejari ialah untuk penjimatan kos bina (RM/m3) yang ketara, berbanding dengan cara lain seperti tubewell (telaga tiub) itu.
Telaga jejari hanya perlu 1 telaga untuk keluarkan 25mld dengan ‘kos bina’ RM5 juta (kadar RM200/m3), manakala telaga tiub perlu bina 13 buah telaga (minima) untuk keluarkan 25mld yang sama.
1 telaga tiub (kedalaman 100m) kos bina ialah dalam lingkungan RM500,000 hingga RM600,000 dengan kapasiti +/-2mld. Jadi kadar kos bina ialah pada kadar RM250-300/m3.
Keduanya, untuk membina telaga tiub dengan 13 hingga 25 buah telaga, kita perlukan tanah seluas 10 ekar supaya telaga tiub dapat berfungsi dengan baik.
Bayangkan berapa kos pengambilan tanah terlibat? Manakala telaga jejari hanya perlukan tanah seluas 20 meter X 20 meter untuk dikorek telaga jejari. Penjimatan kos tanah amat ketara.
Bagi kes Kampung Telok, kita tidak perlukan kos pengambilan tanah kerana menggunakan tanah sedia ada, manakala kalau bina telaga tiub, ia perlu kepada pembelian tanah baharu.
Ok bercakap pula pasal kos operasi, telaga jejari perlukan 2 buah pam besar utk pam 25mld, manakala telaga tiub perlu jalankan serentak 13 buah pam kecil. Kos elektrik untuk pam telaga jejari jauh lebih jimat 2 kali ganda berbanding pam telaga tiub.
Analoginya, kos jualan borong pasaraya lebih jimat dibandingkan kos kedai runcit kecil-kecilan. Faham dih?
Ada juga komen netizen duk sebut mengenai kualiti air di telaga jejari. Kita mesti bandingkan kualiti air tanah setempat iaitu di loji tersebut. Kalau ambil air tanah secara telaga jejari, di aquifer yang lebih cetek, kualitinya lebih baik jika dibandingkan dengan telaga tiub, yang ambil air tanah di aquifer dalam.
Pengalaman di Kelantan, semakin dalam air tanah itu, semakin teruk kualiti air yang perlu dirawat. Jadi kos rawatan air di loji, air tanah dari telaga tiub lebih tinggi berbanding dengan air tanah telaga jejari.
Semoga penerangan ringkas ini membuka sedikit kefahaman kawan kawan berkait sumber-sumber air mentah yang dibekalkan ke LRA seluruh Negeri Kelantan. Matlamat asal, cabaran dan juga kecekapan setiap kaedah tersebut.
NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre