• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Akan munculkah semula MB yang berjiwa Selangor?

Jun 16, 2023
Spread the love

Menteri Besar Selangor pertama yang dipilih rakyat selepas merdeka ialah Dato’ Abu Bakar Baginda, keturunan Minang Selangor.

Kemudian digantikan dengan Dato’ Seri Haji Harun Idris, anak Selangor berketurunan Mandailing.

Disambung oleh Dato’ Seri Haji Hormat Rafei, orang Jawa Selangor dari Banting.

Tan Sri Dato’ Haji Ahmad Razali Mohd Ali, keturunan Rawa dan dilahirkan di Klang.

Tan Sri Dato’ Haji Muhammad bin Muhammad Taib, berasal dari kampung Sungai Manggis, Hulu Selangor

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abu Hassan Omar, anak jati Bukit Belimbing keturunan Bugis.

Seterusnya, Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Ayahnya keturunan Jawa, emaknya Melayu tempatan dari Selangor dan beliau lahir di Tali Air 2, Ban 4, Sungai Burung, Tanjung Karang.

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim pula adalah anak jati Jeram, Kuala Selangor.

Ringkasnya, kesemua 15 Menteri Besar Selangor sebelum ini merupakan anak jati Selangor.

Ini adalah sejarah dan kebanggaan rakyat Selangor.

Tiada siapa boleh nafi bahawa Selangor telah melahirkan anak-anak Selangor yang hebat sebagai Menteri Besarnya sama ada beliau dilahirkan atau dibesarkan di Selangor.

Hasil usaha mereka, banyak hak rakyat Selangor terbela dan negeri terpelihara.

Hari ini Selangor adalah sebuah negeri yang terkehadapan sehingga ramai rakyat dari luar turut menumpang mencari rezeki di sini.

Ini negeri kaya dengan komposisi rakyatnya yang kompleks.

Justeru, adalah jauh lebih baik buat negeri ini jika ia dipimpin oleh anak jati sebagai MB dengan dibantu barisan Exco yang berkredibiliti, bersih dan prihatin.

Selangor perlukan perubahan. Sudah tiba masanya Selangor dipimpin oleh mereka yang layak.

Sekian.

ABDUL BASITH ABDUL HALIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Selangor

Bertarikh: 16 Jun 2023