• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Akaun FB Mat Sabu digodam

Jun 13, 2023
Spread the love

PUTRAJAYA – Akaun Facebook Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu digodam pada petang Selasa.

Pejabat menteri KPKM menerusi satu kenyataan pada Selasa memaklumkan insiden tersebut berlaku pada jam 4 petang tadi.

“Sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman tersebut selepas siaran ini dikeluarkan adalah bukan daripada Mohamad atau pentadbir yang sah,” menurut kenyataan itu.