• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Akhirnya Isham Jalil dimalukan BN Selangor

Jun 10, 2022 ,
Spread the love

SHAH ALAM, 10 JUN 2022 – Isham Jalil dipecat dari jawatan Ketua Penerangan BN Selangor berkuatkuasa serta merta. Alasan kelakar disebalik pemecatan beliau ialah jawatan yang disandang Isham tidak termaktub dalam perlembagaan BN Selangor.

Isham dalam kenyataannya menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Selain mengucapkan terima kasih, Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan masih belum selesai dan mengharapkan agar diteruskan oleh orang ramai.

Namun begitu, rata-rata penganalisis politik melihat bahawa keberadaan Isham Jalil sbg Ketua Penerangan BN Selangor tidak efektif. Beliau juga dilihat gagal menjalankan tugasnya dengan baik. Malahan memberi imej buruk kepada BN Selangor apabila sering membuat kenyataan yang mengelirukan.

Pemecatan beliau dianggap sebagai keputusan terbaik demi memperbaiki hubungan UMNO dan PAS yang masih teruja mengekalkan MN di Selangor.