• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Akhirnya Zahid TPM, ini senarai penuh kabinet Anwar

Dec 2, 2022
Spread the love

Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof – yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) – sebagai timbalan perdana menteri.

Menurut Anwar, Zahid juga dilantik menjadi menteri kemajuan desa dan wilayah manakala Fadillah sebagai menteri perladangan dan komuniti.

Anwar pula memegang portfolio kewangan.

Senarai penuh barisan kabinet itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk diperkenan Tuanku.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah- Datuk Seri Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan Haji Fadillah

Menteri Pertahanan – Mohamad Hasan

Menteri Pendidikan Tinggi – Khaled Nordin.

Menteri Ekonomi – Rafizi Ramli

Menteri Kerajaan Tempatan – Nga Kor Meng

Menteri Kerja Raya – Alexander Nanta Linggi

Menteri Pengangkutan – Anthony Loke.

Menteri MITI – Tengku Zafrul

Menteri KDN – Saifuddin Nasution

Menteri Pendidikan – Fadhlina Sidek

Menteri Belia dan Sukan – Hannah Yeoh

Menteri Pembangunan Wanita – Nancy Syukri

Menteri KPDNHEP – Salahuddin Ayob

Menteri Pertanian – Mohamad Sabu

Menteri Sains – Chang Lih Kang

Menteri JPM Undang2 – Azalina Othman

Menteri Sumber Asli – Nik Nazmi

Menteri Luar Negeri – Zambry Kadir

Menteri Komunikasi – Fahmi Fadzil

Menteri Pelancongan – Tiong King Sing

Menteri Perpaduan – Ago Dagang

Menteri Kesihatan – Dr Zaliha Mustafa

Menteri Agama – Dr Naim Mokhtar

Menteri Pembangunan Usahawan – Ewon Benedict

Menteri JPM Sabah Sarawak – Armizan Mohamad Ali

Menteri Sumber Manusia – Sivakumar