• Sun. Dec 8th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Aliran trafik sesak di semua lebuh raya menuju ibu negara

May 1, 2023
Spread the love

ALIRAN trafik sesak sepanjang 18.2 kilometer (km) dari Plaza Tol Gombak menuju ke ibu negara berikutan pertambahan kenderaan sejak tengah hari tadi.

Ciapan Twitter Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) melaporkan kesesakan lalu lintas itu dikatakan berlarutan sehingga Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2), ketika ini. 

“Trafik sesak dan perlahan membabitkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Bentong ke Bukit tinggi sepanjang 1.6 km.

“Dari Lentang ke Bukit Tinggi pula sesak sepanjang 7.9 km manakala dari Plaza Tol Gombak ke ibu negara sepanjang 18.2 km,” ciapnya, sebentar tadi. 

Selain itu, aliran trafik di LPT1 dan LPT2 masih terkawal dan lancar setakat pukul 6 petang hari ini.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, trafik juga perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan melibatkan kedua-dua arah.

“Bagi arah selatan, trafik perlahan dari Nilai Utara ke Seremban, Ayer Keroh ke Tangkak, Pagoh ke Yong peng, Yong Peng ke Ayer Hitam, Machap ke Simpang Renggam, Simpang Renggam ke Hentian Sebelah Kulai (S) dan Kulai ke Senai.

“Untuk arah utara, dari Plaza Tol Sg. Besi ke ibu negara, Southville City ke Kajang, Nilai Utara ke Southville City, Bandar Ainsdale ke Nilai, Pedas Linggi ke Port Dickson, Simpang Ampat ke Pedas Linggi dan Tangkak ke Jasin,” katanya.