Baru saja saya mahu bertanya tadi soalan apakah hubungan antara AMANAH dan PKR dalam PH tidak akan berantakan disebabkan tindakan PKR mencuri ADUN-ADUN AMANAH, tiba-tiba Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, sudah menunjukkan rasa tidak senang hati kepada PKR.
Tulis Datuk Seri Salahuddin: “Memahami semangat setiakawan dalam PH sepatutnya tidak manis mana-mana parti dalam komponen PH menerima mana-mana ahli parti rakan. Saya rasa semangat ini adalah disepakati dalam mana-mana parti yang membentuk pakatan atau gabungan (coalition).”
Saya amat bersetuju dengan Datuk Seri Salahuddin dalam isu ini dan saya sendiri pernah beberapa kali mencadangkan supaya dibuat peraturan bagi melarang mana-mana parti di dalam sesuatu pakatan daripada mencuri pemimpin/ahli parti rakannya.
Malangnya perkara ini tidak pernah didengari dan sehingga sekarang tiada dalam mana-mana bahagian Perjanjian PH yang membutirkan persefahaman begini.
Politics is politics, and there is no such thing as ‘gentleman’s agreement in politics’, Datuk Seri Salahuddin.
Lagikan perjanjian bertulis mengenai peralihan kuasa pun boleh dikhianati, inikan pula bila tiada perjanjian.
DR. KAMARUL ZAMAN HJ YUSOFF
PENSYARAH KANAN UUM
https://www.facebook.com/100001022016761/posts/4082053001838727