• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Anak beranak jaga perbendaharaan negara adalah budaya jijik

Feb 1, 2023
Spread the love

Ramai rakyat tidak faham istilah nepotisme tapi semua rakyat tahu bahawa budaya memberi jawatan/projek kepada anak beranak adalah budaya jijik.

Persoalan utama yang perlu dijawab,

  1. Apakah proses pemilihan yang digunakan dalam menentukan pelantikan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri Malaysia?
  2. Adakah proses pemilihan ini dilakukan dengan adil dan saksama bagi semua calon yang lebih berkelayakan?
  3. Macam mana pemegang Ijazah Kejuruteraan serta Dasar Awam dan Sosial boleh dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan? Layakkah Nurul Izzah?

Come on, rakyat Malaysia ada 32.7 juta orang. 69.5% berada dalam kumpulan umur bekerja. Berapa ramai yang ada kelayakan dalam bidang ekonomi ini dinafikan hak hanya kerana mereka bukan berbin/binti Anwar.

Tapi jawapan Anwar mudah, “Nurul Izzah tak terima gaji”.

Tidak timbul soal ambil gaji atau tidak, posisi penting Penasihat Kanan Kewangan dan Ekonomi itu perlu dilihat secara profesional dengan fungsinya yang boleh mempengaruhi Perdana Menteri yang juga Menteri Ekonomi.

Peranannya besar dan berpengaruh dalam mengurus kekayaan negara.

Tindakan melantik anak sendiri ini membuka ruang kepada pelanggaran integriti.

Tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan ini perlu dihentikan. Bermula dengan melantik kluster mahkamah sebagai TPM, individu yang kalah sebagai Menteri, PM memegang dua jawatan penting dan sekarang melantik anak sendiri adalah permulaan yang akan membawa kepada kerosakan yang lebih besar.

Pentaksub PMX dan PH akan mengeluarkan seribu satu hujah bagi membenarkan segala perbuatan ini namun ia tetap tidak dapat menafikan keburukan nepotisme kepada negara.

Apakah nasib Malaysia jika budaya ini diteruskan? Jangan kita lupa, negara ini milik kita semua, bukan milik Anwar Ibrahim semata.

Rakyat perlu bersuara agar perkara ini tidak menjadi suatu kebiasaan yang merosakkan.

UMMI KALSUM ISMAIL
Timbalan Ketua Pengarah 2 Ameerah Malaysia