Perikatan Nasional (PN) menurunkan calon anak muda, Hamdan Sani di P.201 Batang Lupar, Sarawak.
Calon parlimen mewakili Pas Sarawak ini adalah bapa kepada ini seorang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pilihan hati di Kabong, Sarawak. Beliau dikenali seorang yang mudah mesra, berintegriti dan mudah tersenyum.
Setelah menamatkan pengajian di peringkat sekolah, Hamdan menyambung pengajian di Diploma Sains di UiTM Kota Samarahan dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang kepimpinan parti dan masyarakat terutama memimpin gerakan kepemudaan sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak dan Timbalan YDP Pas Kota Samarahan.
Kini beliau memegang jawatan Pengurus PASTI Kota Samarahan dan Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz (SRITI) Kota Samarahan, selain terlibat dengan aktiviti kemasyarakat sebagai Presiden Persatuan Science Frontiers.
Dalam Pilihanraya Umum Ke-15, beliau akan berentap dengan dua calon lain, iaitu Mohamad Shafizan (Gabungan Parti Sarawak) dan Wel @ Maxwel Rojis (Pakatan Harapan). (Media Fastaqim)