• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Anak Muda U10 anjur konvoi sokong calon PN Shah Alam

Nov 18, 2022
Spread the love

.

SHAH ALAM, 18 NOV: Sokongan anak muda terhadap Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 semakin memuncak menjelang hari pengundian.

Hal ini diterjemahkan dalam pelbagai bentuk aktiviti yang dianjurkan oleh parti PN sendiri mahupun oleh penyokong-penyokong.

Di Seksyen U10 Shah Alam, konvoi berkenderaan dianjurkan bersama oleh Gerakan Anak Muda U10 (GAMI0) dan Team 4X4 Alam Budiman.

Menurut Koordinator GAMI0, Abu Azman Abu Bakar, program tersebut diadakan dengan objektif menaikkan semangat penduduk untuk keluar mengundi serta menzahirkan sokongan terhadap calon P.108 Shah Alam, Dr Afif Bahardin daripada PN.

Konvoi tersebut yang disertai kira-kira 40 peserta bersama pelbagai jenis kenderaan bermula dari Dataran Niaga Alam Budiman pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti hiasan bendera PN pada kenderaan.

Tepat jam 9.30 pagi, kenderaan mula bergerak dengan diiringi lagu- lagu perjuangan dan Mari Mengundi mengunalan ‘portable speaker’.

Konvoi tersebut bergerak mengelilingi kawasan sekitar jalan utama taman perumaham U10 meliputi Alam Budiman, Alam Suria, Nusa Rhu, Puncak Perdana dan Sandaran Permai.

Pengerusi Team 4X4 Alam Budiman, Badrul Hisyam sangat teruja kerana dapat bersama anak-anak muda dalam program tersebut.

Beliau yang juga pemandu lasak profesional berdaftar menyeru penduduk sekitar memberikan undi yang ‘solid’ kepada calon PN di Shah Alam.

Turut hadir meraikan peserta dalam program hampir 2 jam tersebut ialah Ketua Pas Cawangan Alam Budiman, Zulkefly Musa.

PRU-15 bagi seluruh negara akan diadakan pada 19 Novermber 2022. (Media Fastaqim)