• Mon. May 29th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Annuar Musa, dua Ketua Wanita dipecat dalam mesyuarat MKT

Dec 9, 2022
Spread the love

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO hari ini dilaporkan memecat Ketua Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bersama2 Ketua Wanita Umno Maran Datin Seri Fatimah Kassim dan Ketua Wanita Umno Arau Datuk Seri Shamsiah Yasin.

Kedua-dua ketua wanita tersebut digantung oleh Umno sejak 13 November lepas kerana didakwa menyebelahi calon lawan BN semasa PRU15 iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim.

Manakala, Tan Sri Annuar pula dilihat berbeza pendapat dan lebih cenderung mengajak UMNO untuk bersama Muafakat Nasional berbanding presiden yang dipercayai mempunyai hasrat dan cadangan lain bersama ‘cikgunya’.

Kerakusan pengunaan kuasa tanpa memikirkan kehendak, hasrat akar umbi dijangka akan menyebabkan parti semakin bergolak menjelang pemilihan parti nanti.

Dikatakan beberapa pemimpin UMNO yang mengkritik dan tidak sehaluan dengan Presiden Parti akan menerima nasib yang sama dalam waktu terdekat ini antaranya termasuk Khairy Jamaluddin dan Noh Omar.

Nampaknya, Zahid dan sekutunga benar-benar menggunakan apa juga cara untuk memastikan hasrat dan niat mereka tercapai hingga ada pengikut dan penyokongnya berkata biar tinggal 10 orang, biar tinggal 100 orang, yang penting mereka setia kepada presiden.