• Fri. Mar 21st, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Anwar kata Malaysia sudah tercemar gara-gara kleptokrat

Feb 8, 2023
Spread the love

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

Menurutnya, kleptokrat merupakan sebuah sistem melibatkan ramai pihak yang telah dan belum didakwa.

“Satu dunia tahu Malaysia tercemar,” katanya dalam ucapan perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini pada Rabu.

Beliau berkata, ahli politik tidak perlu melaungkan soal ‘kebersihan’ melainkan dapat merekodkan prestasi baik.

Meskipun sukar untuk melakukan perubahan memerangi rasuah di dalam sistem, Anwar berkata beliau tekad dan tidak mahu bertolak ansur walaupun sukar.

“Kalau kita menolak, risiko besar kerana berdepan maha kaya dan maha kuasa dengan gelaran tinggi (seperti) Datuk Seri, Tan Sri, Tun… Jadi kita bersedia,” katanya.

Tegas beliau, semua badan penguatkuasaan perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati wujud perlanggaran di pelbagai peringkat tanpa mengira kedudukan.

“Kita ambil tindakan terutama dari segi hukum berdasarkan fakta dan hukum… Bukan untuk merekayasa,” katanya.