Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau kini menjawat sebagai Penasihat Kanan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 3 Januari lalu.
Memetik laporan The Star, Izzah berharap dapat memanfaatkan pengalamannya sebagai ahli Parlimen sebelum ini sejak empat dekad lalu dalam peranan baharunya itu.
“Saya harap melalui pengalaman saya sebagai seorang ahli Parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang ketika berkhidmat sejak empat dekad lalu mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara.
“Sebagai sebahagian daripada penyediaan Belanjawan, kami bukan sahaja bertemu kelompok peniaga dan pihak berkepentingan tetapi kami juga mendapatkan input daripada rakyat terutamanya mereka dalam kumpulan B40, dan M40,” katanya.
Pada PRU-15 lalu, Izzah tewas kepada Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dengan majoriti 5,272 undi.