• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Anwar Menteri Kewangan paling gagal dalam sejarah Malaysia – Chegubard

Mar 10, 2023
Spread the love

.

Matawang negara hari ini terus turun nilai RM4.52 beza dengan USD dalam keadaan kebergantungan barangan harian dengan import meningkat bila telur pun bawa dari India. BSKL terus menjunam dalam keadaan pelabur luar terus menjual pegangan dan bawa keluar wang dari Malaysia.

Rakyat bertambah susah, harga barang meningkat. Aliran tunai dalam negara menyusut. Rakyat menuntut pengeluaran KWSP bersasar.

Belanjawan Anwar cuba perdaya tuntutan rakyat dengan konon suntik RM500 kepada pencarum KWSP berumur 40 – 54 tahun yang simpanan bawah RM10,000. Dimana duit itu tetap tak boleh keluarkan ! Tawaran belanjawan itu mengundang tempelak rakyat.

Hari ini Menteri Kewangan yang paling gagal ini pusing belit lagi. Dia umumkan pencarum boleh minta pinjaman bank dengan cagarkan simpanan KWSP.

Anwar betul bangang ;

‼️ Orang nak keluarkan duit sendiri dihalang tetapi disuruh pinjam dan berhutang pula.

‼️ Majoriti yang menuntut keluar KWSP kerana terperangkap dengan hutang rumah dan kenderaan yang “sangkut” tapi disuruh tambah bala hutang lagi… ambil hutang – bayar hutang.. kadar bunga nya Anwar bayar ke.. barua betul !

‼️ yang berhutang tertunggak tentu rekod buruk CCRIS, bank mana nak bagi pinjam ??

Sama ada Anwar membangangkan rakyat atau Anwar sendiri bangang, semua maklum Akta KWSP di bawah Seksyen 51, menyatakan deposit caruman KWSP tidak boleh dicagarkan kepada pihak ketiga…..

Ketika kamu gagal tadbir negara, formula janji tipu.. rakyat terus tertekan … nak keluar duit sendiri kamu halang tetapi kamu anak beranak terus mewah dengan lantikan dan gaji politik.

Ayuh berdoa agar PM dan Menteri Kewangan paling GAGAL ini segera menjadi PM dan Menteri kewangan paling singkat dalam sejarah.

Adakah benar, Anwar gagal cari pendapatan negara dalam keadaan umum budget (membazir) paling besar dalam sejarah maka dia tak bagi keluar sebab dia nak guna duit kwsp rakyat buat pusingan… ???