• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Anwar tak malu peratus keluar mengundi Pemilihan PKR rendah

May 29, 2022 ,
Spread the love

Walaupun jumlah peratusan dikalangan ahli parti yang mengundi semasa pemilihan PKR kali ini sangat rendah, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak merasa malu dengan situasi tersebut.

Malah, Presiden PKR itu tidak segan silu mempertahankan partinya masih sebuah organisasi yang kuat meskipun hanya sebilangan kecil ahli parti tersebut yang keluar mengundi untuk memilih ketua-ketua dikawasan masing-masing.

Untuk rekod, hanya 12% ahli PKR yang keluar mengundi pada pemilihan parti dan Anwar mendakwa prestasi partinya lebih baik jika dibandingkan dengan parti lain.

“Ada orang bangkitkan peratusan keluar mengundi untuk pemilihan PKR kali ini hanya 12%, sedangkan pada pemilihan 2018 hanya 10% sahaja.

“Sejumlah 12% itu mewakili 100,000 ahli. Saudara boleh sebut parti mana yang ahli secara individu keluar undi sebanyak itu,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Pada 27 Mei, penganalisis dilaporkan berpendapat, pemilihan PKR tahun ini, yang menyaksikan hanya 12.32% daripada 1.1 juta ahli keluar mengundi, mungkin akan menimbulkan keraguan terhadap pemegang jawatan.

Peratusan yang terlalu rendah itu juga menimbulkan persoalan terhadap jumlah sebenar keahlian PKR.

Menurut dokumen kiraan akhir yang dilihat FMT, hanya 137,803 daripada 1,118,423 ahli yang layak keluar mengundi secara fizikal atau dalam talian. Ini bagaimanapun tidak termasuk lapan bahagian yang perlu melalui pemilihan semula susulan gangguan pada pemilihan hujung minggu lepas.

Jumlah itu menunjukkan undian dalam talian disambut baik dengan 70,200 daripada 76,932 yang mendaftar mengundi, namun peratusan keluar mengundi secara fizikal hanya 59,483 daripada 1.1 juta ahli yang layak.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 bahagian di lima negeri dijalankan semalam dan hari ini, iaitu lapan cabang yang mengalami masalah teknikal dan lima cabang melalui proses bantahan.

Selain itu, PKR juga sudah mengumumkan penangguhan keputusan rasmi pemilihan partinya yang sepatutnya diumumkan minggu lalu.

TENKIU