• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Apa yang berlaku selepas DUN bubar?

Jun 23, 2023
Spread the love

  1. Pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor yang berkuatkuasa esok seperti diperkenankan Sultan Selangor, menandakan hari pengundian yang ditunggu-tunggu rakyat negeri ini semakin hampir dan mereka bakal menentukan siapa yang akan mentadbir negeri untuk tempoh mandat lima tahun akan datang.
  2. Sebaik Dewan dibubarkan, SPR akan mengeluarkan writ dan arahan kepada pegawai pilihan raya bahagian di seluruh negeri untuk pilihan raya diadakan di kawasan masing-masing. Notis itu mengandungi tarikh untuk penamaan calon dan tarikh pengundian awal serta pengundian biasa.
  3. Pada Hari Penamaan Calon, serahan borang perlu dilakukan antara jam 9 dan 10 pagi pada hari penamaan calon. Semua calon perlu membayar deposit RM5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
  4. Deposit yang dibayar, tidak akan dipulangkan sekiranya calon gagal mendapat 1/8 daripada jumlah undian di kawasan bertanding. Pegawai pilihan raya akan mengumumkan nama calon yang layak bertanding selepas jam 10 pagi.
  5. Kempen pilihan raya bermula sebaik saja proses penamaan calon selesai dan akan berakhir jam 12 tengah malam sebelum hari pengundian.
  6. Pengundian awal akan diadakan beberapa hari sebelum tarikh sebenar mengundi bagi membolehkan pihak polis serta tentera membuang undi di balai serta kem masing-masing.
  7. Kotak mengundi untuk pengundi awal, akan disimpan di lokasi selamat sehingga hari pengundian sebenar untuk dikira bersama kertas undian yang lain.
  8. Bagi individu yang dibenarkan untuk melakukan undian melalui pos, mereka akan menerima kertas undian lebih awal sebaik dicetak. Pengundi pos perlu memulangkan kertas undian yang sudah ditanda kepada Pejabat Pilihan Raya pada jam 5 petang ketika hari pengundian.
  9. Pengundi luar negeri akan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu warga negeri Malaysia yang tinggal di luar negeri dan sudah berdaftar untuk mengundi secara pos atau mereka yang berada di luar negeri tetapi tidak perlu mendapat kelulusan untuk undian pos.
  10. Menurut undang-undang tubuh negeri, satu Pilihan Raya Negeri wajib dijalankan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dan sidang DUN yang seterusnya wajib dilaksanakan dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubaran DUN tersebut. Pusat mengundi akan ditutup pada jam 5 petang.
  11. Hargailah detik-detik akhir bersama Kerajaan Pakatan Harapan Selangor. Bayangkan selepas ini mereka hanya dikenali dalam buku-buku sejarah sahaja. Ayuh ambil langkah perubahan demi masa depan rakyat yang lebih baik dengan memberikan undi kepada Perikatan Nasional.