• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Aplikasi baru instagram ‘Threads’ kini sedang trending

Jul 6, 2023
Spread the love

Ramai cuba aplikasi baharu Instagram, Threads

PETALING JAYA – Pengguna Instagram boleh mencuba aplikasi Threads bermula hari ini, sekali gus menjadi pesaing baharu Twitter.

Aplikasi yang itu dimiliki Meta Platform Inc itu membolehkan pengguna membuat hantaran teks, klik tanda suka, mengulas dan berkongsi status pengguna yang lain.

Dalam masa sama, pengguna Instagram juga boleh mengekalkan nama yang sama pada akaun Threads mereka.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg menerusi statusnya pada Threads memberitahu, kira-kira lima juta pengguna mendaftar aplikasi tersebut pada satu jam pertama pelancarannya.

Berdasarkan tinjaun menerusi Threads, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali mencuba aplikasi tersebut termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memuat naik status pertama empat jam lalu.

“Assalamualaikum. Apa khabar semua?,” katanya pada hantaran itu.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga tidak ketinggalan menggunakan aplikasi Threads dengan memuat naik dua status berserta gambar.

“Hi Threads! Trying out the new platform. How’s everyone doing? (Hai Threads! Mencuba platform baharu. Apa khabar semua?),” katanya disusuli dengan hantaran kedua ‘nak post apa eh Threads ni?’.

Menerusi penerangan pada Instagram, Threads membolehkan pengguna memuat naik hantaran sehingga 500 aksara termasuk pautan, gambar dan video sehingga lima minit.

Bagi pengguna di bawah usia 16 tahun (atau bawah 18 tahun di negara-negara tertentu), akaun mereka akan ditetapkan secara ‘peribadi’. – KOSMO! ONLINE