• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Arah kiblat sempena Istiwa A’dzam boleh disemak petang esok

May 27, 2022
Spread the love

SHAH ALAM, 27 MEI 2022 – Semakan ketetapan arah kiblat khususnya di kediaman masing-masing boleh dibuat pada Sabtu, bermula pukul 5.10 petang hingga 5.35 petang susulan peristiwa Istiwa A’dzam.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, Istiwa A’dzam yang akan berlaku pada 5.18 petang Sabtu merupakan satu peristiwa yang kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah, dan masyarakat di Selangor berpeluang membuat semakan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan bayang daripada objek yang tegak.

“Semakan boleh dibuat dengan menggunakan sebarang objek lurus dan tegak yang berada di sekitar. Tempoh masa semakan bayang bermula pukul 5.10 petang hingga 5.35 petang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.