• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Argentina juara Piala Dunia Qatar 2022

Dec 19, 2022
Spread the love

Argentina memenangi Piala Dunia pada Ahad selepas menewaskan juara bertahan Perancis 4-2 menerusi sepakan penalti, berikutan keputusan seri 3-3 yang dramatik selepas masa tambahan.

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menyelamatkan sepakan penalti Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni untuk memberikan Argentina gelaran juara dunia sejak 1986, dan menjadi kemenangan ketiganya bagi piala itu.

Perancis bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan lebih 90 minit dengan Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam masa dua minit, termasuk sepakan penalti pada minit ke-80.

Penyerang Perancis itu melengkapkan hatriknya pada minit ke-118 dengan satu lagi sepakan penalti selepas pemain Argentina Lionel Messi menyumbat gol ketiga pada minit ke-109.

Argentina mendahului 2-0 pada separuh masa pertama dengan dengan sepakan penalti Messi pada minit ke-23.

Mereka menyerang sekali lagi di mana akhirnya rembatan Alexis Mac Allister menemui Angel Di Maria dan beliau menamatkannya di gawal gol lawan.