• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Armada buat laporan polis isu tuduhan dana judi

Dec 6, 2022
Spread the love

LAPORAN polis akan dibuat berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata pihaknya akan membuat laporan polis esok sekali gus menafikan dakwaan Perdana Menteri itu yang mengaitkan Bersatu.

“Kita akan buat laporan polis. Sebenarnya sedang dibuat di beberapa tempat. Saya mungkin akan buat laporan esok.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Machang memberitahu beberapa laporan polis juga akan dibuat Bersatu selepas pilihan raya di Parlimen Padang Serai esok.

“Beberapa lagi (laporan) akan dibuat. Semua sekarang sibuk berkempen di Padang Serai,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet semalam membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

Justeru, beliau mengarah Kementerian Kewangan menyemak bagi mengesahkan sama ada dana pilihan raya untuk gabungan tersebut datang dari syarikat perjudian.

Beliau turut mengumumkan penurunan jumlah cabutan undi dari 22 kali kepada lapan kali setahun.