VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Samad menyindir Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung isu kejatuhan nilai ringgit.
Ia selepas Rafizi semalam dilaporkan berkata, kejatuhan nilai ringgit ketika ini turut membawa kebaikan kepada pendapatan negara.
“Dulu lain, sekarang lain. Yang sama, asyik putar saja,” kata Shahrir ringkas menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Semalam Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, berkata kejatuhan nilai ringgit ketika ini turut membawa kebaikan.
Katanya, pendapatan negara terutama sektor minyak meningkat berikutan harganya diniagakan dalam nilai dolar Amerika.
“Lebih tinggi harga minyak dan ringgit yang lemah bermakna lebih banyak duit kita dapat, namun bagi eksport kita adalah sebaliknya.
“Jadi, kita akan terus memantau situasi tapi setakat ini tiada sebarang keperluan untuk menyemak semula unjuran,” katanya.