• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Atlet Muay Thai Thailand meninggal lepas kena pukulan knockout

Spread the love

KOTA BAHRU, 14 OGOS 2022 – Peninju Thailand, Phet Keng Gaiyang Hadao meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas tumbang ditumbuk lawan dalam sebuah pertarungan muay thai pada 13 Ogos semalam.

Difahamkan, Phet Keng pada asalnya menyertai sebuah kejohanan muay thai bersempena ambang merdeka pada bulan ini yang berlangsung di sebuah institusi di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut sumber dari Kelab Info Malaysia, pada perlawanan itu, Phet Keng berdepan dengan lawan iaitu peninju tempatan dari Red Army KL yang bernama Hakim.

Video semasa pertarungan yang dirakam oleh penonton di sana turut dimuat naik dan dikongsikan semula oleh laman Facebook berkenaan.

Bagaimanapun menurut Kelab Info Malaysia, Phet Keng terkena tumbukan dari Hakim hingga menyebabkannya rebah dan pengsan di lokasi kejadian.

Peninju itu dikejarkan ke sebuah hospital awam untuk rawatan, namun akhirnya dilapor meninggal dunia di sana tidak lama kemudian.

Gambar: Facebook Mark Dba via Kumpulan PAPAJA RANTING BULUH MUAYTHAI

Sementara itu, kematian Phet Keng turut dimaklumi wakil penganjur yang menggunakan nama akaun Facebook Mark Dba menerusi hantaran di Papaja Ranting Buluh MuayThai.

“Saya wakil dari pihak penganjur dan semua amnya merakamkan salam takziah untuk semua ahli keluarga atas pemergian Didi pagi itu,” katanya dalam hantaran berkenaan