Pelari pecut muda sensasi, meraih tempat kelima dalam acara 100 meter Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022, awal pagi tadi.
Dalam saingan akhir Stadium Pascual Guerrero, Cali di Colombia, pemegang rekod kebangsaan itu mencatatkan 10.14s.
Pencapaian tersebut suatu kebanggaan buat atlet berasal dari Ipoh berusia 18 tahun itu yang bersaing hebat bersama pelari-pelari handalan dunia di bawah usia 20 tahun.
Acara itu dimenangi Letsile Tebogo dari Botswana yang mencatatkan masa 9.91s diikuti atlet Jamaica, Bouwahjgie Nkrumie (10.02s) dan tempat ketiga milik Benjamin Richardson dari Afrika Selatan (10.12s).
Pelari Thailand, Puripol Bunsoon di tempat keempat dengan catatan 10.12s).
Pada peringkat separuh akhir sebelum itu, Muhammad Azeem menamatkan saringan ketiga di tempat kedua dengan catatan 10.19s di belakang Nkrumie yang melakukan 10.11s.
Semalam Muhammad Azeem mencipta sensasi apabila meleburkan rekod 100 m kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat.
Muhammad Azeem melakukan catatan itu semasa menjuarai saringan lapan kejohanan tersebut.
Catatan itu sekali gus memecahkan rekod 100m kebangsaan, 10.18s dilakukan Khairul Hafiz Jantan ketika meraih emas Sukan Malaysia (SUKMA) pada 27 Julai 2016.