• Fri. Mar 21st, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Badan kajian Singapura jangka PH bakal hilang Selangor, Negeri Sembilan

Jul 10, 2023
Spread the love

KOTA BHARU: Kajian yang dibuat sebuah badan dari Singapura mendedahkan Kerajaan Madani kemungkinan hilang Selangor dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kajian tersebut selari dengan ramalan yang dibuat oleh PERIKATAN NASIONAL (PN) sebelum ini.

Selain itu katanya Pakatan Harapan (PH) juga menghadapi persaingan serta kejutan yang akan berlaku di Pulau Pinang, manakala PN akan terus memperkukuhkan cengkaman di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Maklumat tersebut agak munasabah dengan kajian yang kita buat. Saya juga pergi banyak tempat jelajah bersama pimpinan PN, didapati sokongan rakyat kepada PN semakin meningkat.

“Bukan kita over confident, tidak boleh, tetapi hakikatnya rakyat kekal bersama kita,” katanya pada Dialog Isu Semasa di Kota Bharu Trade Center (KTC) di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berkata, pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN) merugikan Umno, sedangkan diuar-uarkan parti itu mempunyai tiga juta ahli.

Oleh itu kata beliau Presiden Umno, Dato’ Seri Zahid Hamidi perlu dipertanggungjawabkan sekali lagi sekiranya parti tersebut gagal mendominasi kerusi pengundi Melayu pada PRN nanti.

Malah jelas beliau lagi 26 tokoh penting Umno bersama penyokongnya sudah bersedia untuk mengangkat kaki kerana Umno tidak lagi dihargai dalam gabungan tersebut.

“Sampai PH memerlikan Umno kalau boleh menang satu dua kerusi pun sudah dianggap besar. Kita pun sedih Umno sebuah parti besar dengan tiga juta ahli sekarang menjadi pengemis meminta kerusi.

“Umno jadi pengemis di negeri majoriti orang Melayu daripada parti yang didominasi bukan Melayu, mereka tidak akan beri kerusi dia kepada Umno, percayalah,” katanya.