Gusar semua apabila membaca tajuk berita hari ini. Dua produk mee segera telah dikesan mempunyai etilene oksida keluaran Malaysia dan Indonesia. Punca kanser ni. Habislah dua produk mee segera ini.
Etilene oksida merupakan satu bahan asas dalam pemprosesan makanan sebagai antimikrob sebenarnya. Lazim digunakan sebagai anti bakteria dan antikulat dalam rempah, kadar yang dibenarkan hanyalah kurang dari 0.02 mg/kg). Walaupun ada fungsi, etilene oksida masih berbahaya kerana mengikut garis panduan dari FDA (Food and Drugs Administration), etilene oksida mempunyai isu terhadap kesihatan sekiranya berakumulasi dalam tubuh. Etilene oksida boleh menyebabkan keradangan, dan utamanya ia adalah karsinogen kelas 1 (klasifikasi yang utama dalam pengkelasan bahan penyebab kanser).
Kenapa masih guna jika tahu ia bahaya?
Sebab etilene oksida tidak mengubah tekstur asas makanan dan kualiti makanan berkenaan. Ini sebab utama kenapa kebanyakan pengeluar makanan menggunakan etilene oksida.
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Badan bertanggungjawab di Eropah kerap mengesan etilene oksida dalam beberapa produk mi segera dan biasanya produk tersebut akan ditarik dari pasaran. Mi segera kita pula disemak oleh badan penguatkuasa di Taipei yang mengesahkan kehadiran Etilene Oksida yang tidak sepatutnya berada dalam mi segera berkenaan. Pemeriksaan di Malaysia, entahlah, mungkin ada, min sahaja tidak tahu.
Soalnya, mi segera, etilene oksida, kanser. Betul semua berkait, namun kalian bukan sahaja perlu risaukan perihal etilene oksida, perlu juga risau kandungan garam yang tinggi, ini pun boleh menjadi asbab peningkatan risiko kanser.
Makan itu tak boleh, makan mi segera, ramen pun tak boleh. Dah 2023 kalian, inilah masanya berubah ke arah kebaikan dan mulakan makan makanan kurang terproses. Ingat, konsep asas toksikologi, the dose that makes the poison.
Biasanya isu ini reaktif, orang kita kejap je lupa. Esok lusa, cari balik mee segera ni. Mungkin inilah masanya kita lebih cakna dengan isu kesihatan. Diharapkan pihak atasan juga boleh mengambil iktibar dari laporan badan luar yang telah mencetuskan keresahan dalam masyarakat.
micronucleus
Rujukan :
- Lynch HN, Kozal JS, Russell AJ, Thompson WJ, Divis HR, Freid RD, Calabrese EJ, Mundt KA. Systematic review of the scientific evidence on ethylene oxide as a human carcinogen. Chem Biol Interact. 2022 Sep 1;364:110031. doi: 10.1016/j.cbi.2022.110031. Epub 2022 Jun 30. PMID: 35779612.
- Kobets T, Smith BPC, Williams GM. Food-Borne Chemical Carcinogens and the Evidence for Human Cancer Risk. Foods. 2022 Sep 13;11(18):2828. doi: 10.3390/foods11182828. PMID: 36140952; PMCID: PMC9497933.
Oleh PM Dr Razinah Sharif