Ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membahas usul undi percaya terhadap Perdana Menteri kesepuluh di Dewan Rakyat semalam (Isnin, 19 Disember 2022) menyebabkan ahli Parlimen (MP) di pihak kerajaan PH-BN kepanasan.
Sambil mengucapkan tahniah di atas ucapan itu, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan ucapan Hamzah yang juga MP Larut, memerangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Pakatan Harapan (PH).
Tun Faisal juga berpendapat kenyataan Hamzah yang memetik laporan media Itali mengatakan Anwar adalah Perdana Menteri Malaysia pertama pengamal homoseksual sepenuhnya, menyebabkan penyokong kerajaan tidak senang duduk.
Demikian juga apabila, Setiausaha Agung Perikatan Nasional itu membangkitkan isu Zahid yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang bertentangan dengan semangat reformasi serta janji PH dalam melawan rasuah.
“Tahniah Ketua Pembangkang, dalam satu ucapan telah membuatkan (mengingatkan bahawa) PM10 (pernah) disabitkan dengan amalan homoseksual dan jenayah liwat yang memalukan.
“TPM ‘Hoi Hoi Hoi Ya Hoi‘ dilantik bertentangan dengan semangat reformasi dan janji-janji Pakatan Harapan untuk melawan rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini (20 Disember 2022).
Tun Faisal berkata Hamzah juga berjaya mengetengahkan amalan tidak demokratik melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara, amalan demokrasi serta Seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Menurutnya pentadbiran kerajaan pimpinan Anwar kini sedang mempraktikkan amalan menyekat kebebasan bersuara yang bertentangan dengan manifesto PH dan amalan demokrasi.
Katanya Anwar juga masih terperangkap dalam mentaliti pembangkang dan jalanan yang bermain persepsi dalam soal dana RM600 bilion dan dana perjudian sedangkan dia juga adalah Menteri Kewangan manakala bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kini berada dalam Kabinet kerajaan PH-BN.
“(Hamzah) berjaya mengakibatkan 2 haiwan liar, lotong dan monyet panas bontot, menjerit-jerit dan meloncat-loncat,” kata Tun Faisal.