• Sun. Dec 8th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Bajet 2023: Kelompongan harus dinilai, ditambah baik

Feb 26, 2023
Spread the love

  1. Meskipun pembentangan semula Belanjawan 2023 ini dinamakan dengan tema Membangun Malaysia Madani, terdapat begitu banyak kelompongan, khususnya terkait isu anak muda, yang menimbulkan pertanyaan sejauh mana keseriusan kerajaan mengaplikasi nilai Madani.
  2. Meneliti Belanjawan kali ini, mahasiswa dan pelajar tidak begitu diraikan dan dipandang sepi oleh kerajaan. Malah, tidak ada satu pun perkataan ‘mahasiswa’ disentuh dalam pembentangan belanjawan. Meskipun dinyatakan berkenaan bantuan e-tunai belia Rahmah, namun mahasiswa mempunyai cabaran dan keperluan khusus yang tersendiri. Berbeza dengan pembentangan Belanjawan 2023 zaman Keluarga Malaysia, yang secara spesifik memberikan bantuan e-tunai kepada golongan mahasiswa berusia 21 tahun dan ke atas. Malah terdapat banyak bantuan mesra mahasiswa dan anak muda sebelum ini, berbanding sekarang.
  3. Selain itu, kerajaan sehingga kini masih memandang sepi isu pemilikan rumah pertama untuk golongan belia yang kurang berkemampuan. Pelbagai fakta dan cadangan telah dilontarkan kepada pihak kerajaan seperti menambahbaik sistem Rent To Own & Rent To Buy, serta pengenalan sistem pembelian mengikut konsep Musharakah Mutanaqisah, iaitu pemilikan bersama tanpa sebarang faedah. Namun, kerajaan masih gagal mencari sebarang alternatif penyelesaian untuk perkara ini.
  4. Pemuda PAS juga menzahirkan kebimbangan dan kekecewaan, terhadap sikap kerajaan hari ini yang mengamalkan politik dendam, apabila tiada peruntukan dan projek-projek khusus diumumkan kepada negeri-negeri pentadbiran Perikatan Nasional. Ini termasuklah status projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), serta peruntukan bagi ahli parlimen pembangkang. Ini jelas menggambarkan sifat dendam parti pemerintah terhadap PN, serta mematikan semangat federalisme yang menjadi asas pembinaan negara.
  5. Di atas kelompongan-kelompongan ini, Pemuda PAS berpendapat Belanjawan hari ini perlu dikaji semula dan ditambah baik demi memastikan rakyat mendapat manfaat seadilnya. Pemuda PAS akan memanfaatkan sepenuhnya sesi perbahasan Belanjawan 2023 yang akan berlangsung kelak, dengan harapan agar kebajikan seluruh rakyat Malaysia dapat dijaga sebaiknya

Nazir Helmi
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia