
SHAH ALAM, 26 MAC 2023: Sempena bulan Ramadan ini, PAS Kawasan Shah Alam dengan kerjasama Pemuda juga Lajnah Kebajikan menyantuni dan mengagihkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Proses pengagihan kepada lebih 50 orang asnaf yang sudah dikenal pasti sekitar Shah Alam telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Shah Alam juga Ketua Pemuda PAS Selangor Ustaz Sukri Omar dibantu oleh Ketua Pemudanya Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim serta Ustaz Amin.
Ustaz Sukri Omar berkata, sumbangan bertujuan untuk membantu meringankan beban ditanggung mereka di samping menyuntik semangat untuk menikmati Ramadan

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan Muslimat Puan Syapiah, Inisiatif BakuI Rahmah fasa ini dapat membantu golongan B40 dan miskin tegar yang berdepan isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini.
Beras serta beberapa keperluan asas lain adalah sumbangan daripada MATAN Centre.

Program diakhiri dengan majlis iftar dan solat berjemaah.








