• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Banjir bertembung air pasang besar di Klang, 2 PPS dibuka

Sep 28, 2022
Spread the love

KLANG – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang membuka dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini bagi menempatkan mangsa banjir berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat pada pagi Rabu.

Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan, mangsa banjir dari Kampung Delek Baru dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek.

Menurut kenyataan itu, mangsa banjir dari Kampung Sungai Sireh Tambahan pula dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sireh.

“Mangsa banjir yang memerlukan bantuan boleh hubungi wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau terus ke PPS berkenaan.

Dalam kenyataan berasingan, PTD Klang memaklumkan ketinggian air di dua kawasan dalam daerah tersebut iaitu Bandar Klang dan Tugu Keris berada dalam paras bahaya setakat jam 7.15 pagi, manakala Kampung Rantau Panjang pada tahap berjaga-jaga.

Namun kemas kini setakat jam 9 pagi menunjukkan ketiga-tiga kawasan tersebut kini berada dalam tahap berjaga-jaga.