• Mon. Apr 28th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Banjir KL paras pinggang, 251 mangsa ditempatkan di 2 PPS

Mar 8, 2022
Spread the love

SHAH ALAM, 8 MAC 2022 – 251 mangsa banjir dari dua buah kampung di sini dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sultan Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Tamil (SKT) Saraswati setakat pukul 7 malam tadi.

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim berkata seramai 101 orang mangsa dari Kampung Periuk, Kampung Baru di sini ditempatkan di PPS Dewan Sultan Sulaiman manakala seramai 150 orang dari Kampung Hujung Pasir pula ditempatkan di SKT Saraswati.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut telah menggerakkan pam-pam di kawasan-kawasan yang dinaiki air dan insya-Allah air telah mulai surut sejak sejam lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Dewan Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Air mulai naik selepas 30 minit hujan lebat bermula sehingga paras pinggang sehingga menyebabkan mangsa-mangsa tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan di rumah mereka kerana sedang bekerja.

Beberapa penduduk yang ditemui berharap pihak bertanggungjawab dapat memperbaiki sistem perparitan di sekitar Kuala Lumpur agar kejadian banjir dapat diatasi