Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang berhubung pemecatannya yang berkuat kuasa semalam.
Mohd Shafiq berkata dia berasa terkilan dengan keputusan itu dan menyifatkannya sebagai “penganiayaan”.
“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiaya saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.
ADS
“Sungguh pun demikian, saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati semua pegawai awam menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah, memegang prinsip berintegriti, tidak rasuah dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.
“Demi menjaga nama baik dan kepentingan anggota perkhidmatan awam, keputusan kerajaan ini akan diteliti secara mendalam, sekiranya sesuai dan perlu semakan perundangan akan dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum inumi, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, penamatan itu selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].