• Thu. Feb 22nd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Bekas MB Perlis berdepan 5 tuduhan tuntutan palsu lebih RM1.18 juta

Apr 10, 2023
Spread the love

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima tuduhan berkaitan tuntutan palsu lebih RM1.18 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Terdahulu, beliau hadir pada jam 8.15 pagi dan diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Azlan, 64, menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu, sebelum tewas pada PRU15.

Azlan yang juga Menteri Besar Perlis dari 2013 ke 2022 juga gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti itu, baru-baru ini. – BERNAMA