- Menyedihkan! Tular baru-baru ini seorang Menteri buat kecoh menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa di KLIA apabila didakwa menyelamatkan pelancong China yang ditahan imegresen ketika mahu memasuki negara.
- Isu masuk keluar negara ini bukan suatu yang main-main. Ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia. Bahkan April lepas, Kerajaan PH-BN telah melonggarkan syarat visa bagi 450,000 orang pelancong dari China untuk memudahkan kemasukan mereka ke negara ini – tatkala lebih SEJUTA rakyat negara China dipercayai masih tidak keluar dari Malaysia walaupun tempoh visa telah tamat.
- Bukan itu sahaja, Menteri yang sama juga menyasarkan dan memastikan kementeriannya mampu mencapai sasaran 5 juta ketibaan pelancong dari China pada tahun ini.
- Isu ini sudah dibangkitkan di Parlimen namun apakah tindakan kerajaan dalam memastikan negara kita selamat kerana tiada rekod keluar lebih SEJUTA rakyat pelancong asing dari China masih berada di dalam Malaysia? Adakah ada agenda tersembunyi dalam usaha ini?
- Lebih merisaukan, adakah benar mereka didakwa bekerja sebagai GRO, pembantu restoran, dan tinggal di ladang kelapa sawit dan ladang getah? Mereka juga didakwa terlibat dengan industri kelab malam? Ia seolah-olah melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu bukan?
- Sedih sebenarnya ramai yang masih belum sedar tentang isu ini bagai peribahasa, hidung sudah rampung diatur orang. Tidak sedar dirinya dipermainkan orang lain yang kononnya nampak memperjuangkan hak keharmonian kaum tetapi mempunyai agenda peribadi tersendiri.
- Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.
Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.
Media Penerangan
Perikatan Nasional Selangor